Kereta kuda kedati lembu,
Singgah mari di tepi kuala,
Tuan sutera kami belacu,
Semoga boleh berganding sama.
Singapura dilanggar todak,
Perahu berlabuh di Pulau Kapas;
Sambang penuh jala terletak,
Laut kering ikan menghempas.
Satu, dua, tiga, enam,
Ditambah satu jadi tujuh;
Biji delima yang ditanam,
Delima juga yang akan tumbuh.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Assalamualaikum…selamat sejahtera
Buah berangan masaknya merah
Daun mengkudu ladung-ladungkan
Guru Besar sudah, YDP sudah
Ucapan Perasmian kita nantikan
Rugi menentang laba
Jerih menentang boleh
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Jikalau pandai mencincang akar
Mati lalu ke pucuknya
Jikalau pandai mengulai
Badarpun menjadi tenggiri
No comments:
Post a Comment