Menunggu tempahan roti canai sambil menikmati keindahan seni landskap di sebuah kedai makan berhadapan dengan SK Badak
Azizah Samat
Ya Allah..permudahkan segala urusan hidup dan mati kami, berikanlah kami anak-anak yang soleh, bahagiakan kami di dunia dan akhirat
Friday, June 7, 2013
Monday, June 3, 2013
Pantun
Kereta kuda kedati lembu,
Singgah mari di tepi kuala,
Tuan sutera kami belacu,
Semoga boleh berganding sama.
Singapura dilanggar todak,
Perahu berlabuh di Pulau Kapas;
Sambang penuh jala terletak,
Laut kering ikan menghempas.
Satu, dua, tiga, enam,
Ditambah satu jadi tujuh;
Biji delima yang ditanam,
Delima juga yang akan tumbuh.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Assalamualaikum…selamat sejahtera
Buah berangan masaknya merah
Daun mengkudu ladung-ladungkan
Guru Besar sudah, YDP sudah
Ucapan Perasmian kita nantikan
Rugi menentang laba
Jerih menentang boleh
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Jikalau pandai mencincang akar
Mati lalu ke pucuknya
Jikalau pandai mengulai
Badarpun menjadi tenggiri
Istana Bunian, Bachok
Suatu petang aku dan suami singgah di Istana Bunian, Bachok. Suamiku pernah meminta izin kepada pemiliknya iaitu Encik Hashim bin Abd Rahman untuk bergambar di situ.Istana ini dibina sendiri oleh pemilik pada tahun 1987 kelihatan sangat indah dan penuh imiginasi.Ukirannya buatan tangan, dilakukan dengan begitu tekun dan hasilnya sungguh menakjubkan.
Matahari petang memancarkan cahaya ke ruang tamu
Pemandangan dari luar Istana, seolah-olah dilitupi oleh bukit.
Matahari petang memancarkan cahaya ke ruang tamu
Thursday, July 15, 2010
Mutiara kata : Ilmu
"Katakanlah, Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
Surah Al-Kahfi : Ayat 109
If you want enjoy and be happy for a day, organize a party,
If you want enjoy and be happy for a week, go for a vacation,
If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden,
If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human being...
Subscribe to:
Posts (Atom)